kepada kekawan yang menjadi pembaca setia, terima kasih kerana bersabar, diharap anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera..
masalah internet masih belum selesai, saya terpaksa menggunakan sourge yang lain untuk menhantar artikel-artikel terbaru.
Alhamdulillah.
sudah masuk siri ketiga dan terakhir dalam posting seperti dijanjikan, namun artikel ini juga ada siri-siri tersendiri untuk dipaparkan.
Wanita
jumpa banyak harta karun
LONG menemui harta karun setiap kali
dia menggali tanah di rumahnya.
LEDBURY - Seorang pekebun, Jan Long
menemui harta karun hampir setiap kali dia menggali tanah di sekitar rumahnya
dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Antara harta karun yang ditemuinya
termasuk sebentuk cincin berlian, jam tangan era pemerintahan Ratu Victoria,
ratusan duit syiling, pingat, kereta sorong dan beg lama.
Dia menemui harta karun itu sejak
enam tahun lalu selepas berpindah ke sebuah rumah desa dekat Ledbury, England
bersama suaminya, Dr. Richard Long iaitu seorang bekas pensyarah universiti.
"Saya tidak mempunyai idea
nilai keseluruhan harta karun itu tetapi ia tidak penting buat saya,"
katanya yang berumur 57 tahun.
Dia percaya rumah yang didiaminya
itu dibina pada abad ke-15 dan ia mungkin menjelaskan kenapa terdapat banyak
harta karun dalam tanah kebunnya.
Harta yang paling berharga yang
ditemuinya merupakan jam emas.
Namun, katanya, sebentuk cincin
berlian yang ditemuinya itu kemungkinan milik seseorang yang tercicir ketika
melawat rumah tersebut. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0521&pub=kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2K204V7mn
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment