Artikel Pilihan


EMAS & PERAK ADALAH WANG SEBENAR



Matawang Dinar Emas

Sejak beribu tahun dahulu, Wang adalah sesuatu yang dijadikan daripada Emas & Perak dimana ianya telah digunakan sebagai Matawang bagi urusan perdagangan. Justeru, semakin banyak simpanan Wang seseorang individu itu, bermakna semakin banyak simpanannya dalam bentuk Aset Emas & Perak, dan ianya akan membuatkan seseorang itu semakin lama menjadi semakin kaya disebabkan oleh kenaikan nilainya yang berterusan.

Maka jelas disini bahawa Wang sebenar adalah sesuatu yang berbentuk Emas & Perak sahaja dimana ianya adalah sesuatu yang amat wajar dijadikan simpanan ekoran sumber dan penghasilannya amat terhad disamping permintaan ke atasnya yang amat tinggi.

KEKELIRUAN DIANTARA WANG DAN MATAWANG (WANG KERTAS)

Malangnya, ketika ini kita di kelirukan dengan kewujudan Matawang yang dicipta oleh Sistem Kapitalis, di mana mereka berjaya meletakkan keyakinan kita semua ke atas alat ciptaannya ini sehingga kita semua terus bermati-matian meyakini Matawang ciptaan mereka ini adalah Wang yang sebenar dan ianya wajar dijadikan sebagai simpanan dan ukuran kekayaan.

Diantara Matawang Yang Telah Tidak Diterima Penggunaanya

Definisi bagi Matawang adalah "Suatu Alat Pembayaran Yang Diterima Penggunaannya". Ini bermakna, fungsi dan tujuan sebenar Matawang dicipta cuma satu sahaja, iaitu untuk digunakan bagi sesuatu urusan pembayaran, dan bukannya untuk dijadikan sebagai medium simpanan.

Dalam ertikata lain, sekiranya kita tidak memerlukan Matawang bagi sebarang urusan yang memerlukannya, maka ianya tidak seharusnya dijadikan simpanan kerana amalan itu menyalahi fungsi sebenar ianya diciptakan.

Kita semua juga pasti sudah sedia maklum bahawa sekiranya sesuatu itu digunakan bukan pada fungsinya yang sebenar, pastinya ia akan mengundang kesan yang kurang baik. Sebagai contoh, fungsi sebuah kereta adalah untuk digunakan sebagai alat pengangkutan bagi memudahkan pergerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, tetapi jika fungsinya disalahgunakan bagi tujuan berlumba di jalanraya maka sudah pasti ia akan mengundang padah dan membawa kepada kematian.

KESAN DARIPADA SALAHFUNGSI MATAWANG


Kebanyakan orang menyangka bahawa masalah kewangan yang mereka hadapi ketika ini adalah disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas untuk mereka berbelanja dan juga disebabkan oleh ketiadaan Wang Kertas dalam simpanan mereka.

Hakikatnya, masalah seperti ini wujud bukan disebabkan oleh kekurangan Wang Kertas, sebaliknya disebabkan oleh terlalu banyak Wang Kertas sehingga menyebabkan berlakunya lambakan di dalam pasaran. Ini kerana Wang Kertas bukanlah sesuatu yang terhad sumber dan penghasilannya sebagaimana Emas & Perak, sebaliknya ia boleh ditambah cetak pada bila-bila masa tidak kira seberapa banyak ianya diperlukan.

Bagi mengatasi lambakan ini, maka harga barangan keperluan di pasaran pula akan dinaikkan bagi tujuan menyeimbangkan diantara jumlah Wang Kertas dan jumlah barangan keperluan yang ada. Bermakna, semakin banyak Wang Kertas yang kita semua perlukan terutamanya untuk simpanan, maka semakin kerap ianya akan ditambah cetak, sekaligus membuatkan jumlahnya semakin bertambah dan harga barangan keperluan semakin meningkat.

Dalam masa yang sama, Wang Kertas yang ada dalam simpanan juga perlahan-lahan kehilangan nilainya kerana jumlahnya yang diperlukan untuk membeli sesuatu keperluan pada masa akan datang akan semakin meningkat berbanding jumlah yang diperlukan pada ketika ini.

JALAN PENYELESAIAN TERBAIK

1- Sekiranya ada simpanan Wang Kertas bagi tujuan kegunaan pada hari tua, segera tukarkannya kepada Wang sebenar dalam bentuk Aset Emas & Perak supaya nilai simpanan itu terus meningkat dari masa ke semasa sekaligus menjadikan jumlah simpanan terus bertambah dengan sendirinya. Aset Emas & Perak tersebut boleh dijual bila mana kita mahu menggunakan Wang Kertas kelak dan jual Emas & Perak tersebut hanya pada sekadar jumlah Wang Kertas yang diperlukan sahaja, bukan kesemuanya.

2- Sekiranya ada Wang Kertas yang bakal digunakan dalam jangkamasa beberapa bulan lagi, tukarkannya dahulu kepada Emas & Perak, sekurang-kurangnya dalam tempoh itu jumlahnya telah dijana dan telah bertambah walaupun hanya sedikit. Apabila sampai waktu Wang Kertas diperlukan untuk urusan yang berkaitan, baru jualkannya.

Demi kejayaan.
EMAS = BELI EMAS , SIMPAN EMAS, GUNA EMAS & BERNIAGA EMAS 

 

Emas Penyelamat Kewangan Kita
Artikel dari blog kuasa emas
Zaman dahulu emas dan perak menjadi satu matawang dalam urusan seharian sehinggalah ia ditukar kepada matawang kertas. Wang kertas asalnya adalah satu resit kepada emas bermakna ia cuma menjadi sandaran kepada emas. Tetapi zaman sekarang matawang kertas telah dicetak sesuka hati tanpa disandarkan kepada nilai emas.
Sebab itu berlakulah krisis matawang kertas dan peningkatan inflasi yang amat ketara.

Di Zimbabwe matawang kertas tidak lagi mengikut nilai yang dicetak di atasnya tetapi perlu ditimbang untuk membeli sesuatu barangan. Harga 3 biji telur di sana juga telah mencecah 100 billion Zimbabwe. Kita tengok di negara kita sendiri, seingat saya sewaktu saya bersekolah rendah pada tahun 90 an, sehari cukup dengan membawa bekalan duit 30 sen. 20 sen boleh membeli satu pinggan nasi lemak dan 10 sen secawan air. Tapi hari ini seorang pelajar sekolah perlu membawa sekurang-kurang RM3 untuk membeli barang yang sama.
Kelebihan dinar dan dirham ia tidak terjejas langsung dengan inflasi. Saya ambil contoh di Zaman Nabi seekor kambing dijual pada harga 1 dinar. Zaman sekarang 1 ekor kambing juga bernilai 1 dinar. 1 ekor ayam pada zaman Nabi hanya 1 dirham, zaman sekarang pun 1 ekor ayam masih lagi 1 dirham. Itulah kelebihan menyimpan emas, dinar dan dirham. Ia menyelamatkan kewangan anda dari kadar inflasi yang semakin meningkat.
Saya ambil satu lagi contoh untuk emas. Tahun lepas jika anda membeli emas goldbar 20gram harganya baru RM2200 pada bulan Ogos. Tetapi hari ini harganya telah menjadi RM3159 ( Disember 2010). Peningkatan sebanyak RM 959. Saya nak tanya anda, ada tak mana-mana bank yang boleh memberikan faedah sebanyak 43% setahun? Takder kan!! Hanya simpanan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dan memperbaiki tahap kewangan anda.
Ramai orang kata emas mahal..bila masa yang emas murah?? Memang tak pernah murah! Jadi anda kena bermula menyimpan emas sekarang kerana  harga emas secara purata naik 30% setahun. Belum pernah lagi emas turun sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Emas terbaik untuk disimpan adalah dalam bentuk goldbar atau dinar. Penyimpanan barang kemas adalah tidak sesuai kerana mempunyai spread atau susut nilai yang tinggi. Emas yang dijual Public Gold mempunyai nilai spread yang rendah iaitu sekitar 7% sahaja dari harga pasaran semasa. Kebanyakan kedai emas yang menjual goldbar biasanya tidak akan membenarkan anda membuka plastiknya dan sekiranya anda buka mereka akan membeli semula pada kadar spread yang tinggi sehingga 30%. Emas Public Gold pula tak kisah untuk anda buka plastiknya kerana yang bernilai adalah emas bukan plastik.

Harga Emas Pasaran Malaysia
Harga Emas Pasaran Antarabangsa yang menjadi rujukan Public Gold (Update setiap 2ominit)
Sebelum membeli emas juga saya telah membuat survey, saya dapati harga emas yang dijual Public Gold lebih rendah berbanding kedai emas. Sebagai contoh pada masa sekarang harga emas 999 di Public Gold 1gram baru RM157 tetapi saya lihat di kedai emas terkemuka 1gram dijual pada harga RM180. Kan jauh perbezaannya tu!
Jadi bagi anda yang berminat untuk membuat simpanan dan pelaburan emas boleh hubungi saya di talian 012-3899241 ( Narizan).
( terima kasih En Najib - diatas artikel-artikel menarik. blog anda senantiasa menjadi rujukan saya. maaf nama dan no phone saya telah tukar )
http://kuasaemas.com/

Simpan Duit atau Emas.

Artikel dari blog kuasa emas
Salam hormat.

InsyaAllah hari ni saya nak berkongsi cerita lagi tentang emas. Mungkin cara menyimpan jongkong dan dinar emas masih baru pada kita terutamanya orang Melayu di Malaysia. Kalau pernah simpan emas pun biasanya dalam bentuk barang kemas sahaja. Bila cerita bab menyimpan ni kebiasaaannya memang orang kita biasa menyimpan wang sahaja terutamanya di Tabung Haji atau ASB.
Menyimpan emas dalam bentuk jongkong, syiling dan dinar emas sangat baru dan masih belum menjadi kebiasaan. Jadi saya cuma nak tunjukkan apa perbezaan simpanan emas dan wang kertas dalam senario perbelanjaan harian kita.
Saya nak tunjukkan 2 senario di mana senario pertama kita ada wang simpanan RM2276 dan simpan dalam ASB.
Senario kedua dengan wang RM2276 pada tahun 2009 kita beli 20gram dan simpan.
.

Saya nak menunjukkan kuasa beli pada satu barangan asas iaitu Minyak Petrol Ron 97.

Pada tahun 2009 harga Ron 97 cuma RM2.10 seliter. Dengan wang RM2276 kita dapat membeli 1038 liter petrol pada tahun tersebut.
Dalam situasi pertama katalah wang yang kita simpan mendapat 8% dividen setahun, bermakna pada tahun 2011, wang simpanan telah menjadi RM2654.
Harga emas pula telah naik kepada RM3311 pada Mei 2011. Lihat jadual di bawah.

Harga petrol Ron 97 pula telah naik 80 sen dari RM2.10 kepada RM2.90 ataupun sebanyak 38% dalam masa  2 tahun.
Jadi dengan wang yang ada ditambah dengan dividen tadi iaitu RM2654, kita dapat membeli 784.8 liter sahaja merosot dari tahun 2009.
Tetapi dengan harga emas yang sudah menjadi RM3311 ataupun kenaikan 45% , kita dapat membeli petrol sebanyak 1141.7 liter. Malah semakin bertambah petrol yang dapat dibeli walaupun telah naik harga.
.

Di sini dapat kita lihat kuasa beli wang semakin merosot, tetapi kuasa beli menggunakan emas semakin bertambah.
Itu baru satu jenis barangan, belum lagi saya tunjukkan barangan lain yang memang semakin hari semakin naik. Wang kertas pula semakin merosot nilainya. Inilah yang kita panggil inflasi.
Jadi setelah saya tunjukkan contoh di atas anda boleh fikir sendiri yang mana lebih baik sekarang?
Sudah tentu simpan emas lebih baik!
http://kuasaemas.com/

21 October 2011


Harga Emas Turun Lagi, Berpada-Pada Bila Tambah Order!

Artikel dari Pelabur Jutawan
Alhamdulillah, Agak lama saya tidak membuat posting terbaru, dan sekarang ini saya cuba juga sedaya-upaya meluangkan masa untuk membuat posting terbaru bagi memberikan informasi terkini untuk makluman dan panduan kepada anda semua.



Seperti yaAgu ianya bergerak di dalam skala perubahan harga yang kecil, dan sekarang ini harga Emas telah memecahkan skala perubahan kecil harganya dan sedang membuat percubaan untuk menembusi Support Price di paras sekitar $1600/oz.





Berdasarkan pengamatan saya, harga Emas kini sedang berada di paras Support yang paling kuat (di garisan biru), dimana sebelum ini harga Emas telah membuat percubaan sebanyak 3 kali untuk melepasi paras tersebut namun gagal, dan pada hari ini sekali lagi harga emas telah mencecah ke paras tersebut bagi percubaan kali ke 4. 


Sekiranya percubaan ini berjaya, maka harga dijangka akan terus menuju ke paras garisan merah yang pertama iaitu pada sekitar $1480/oz, tetapi jika sebaliknya, maka harga akan kembali meneruskan pendakiannya menuju ke paras harga tertinggi sebelumnya.


Ini adalah satu peluang keemasan untuk anda menambah stok emas dengan membeli ketika harga rendah, tetapi anda perlu mempunyai satu panduan harga iaitu sehingga ke paras mana baru anda boleh membeli lagi sekiranya harga terus turun selepas anda membuat belian.


Terlalu ramai yang sangat ghairah membuat belian sebanyak2nya ketika berlaku penurunan, bahkan setiap kali harga turun walaupun hanya sekitar RM5 - RM10 (bagi sekeping Dinar), mereka akan segera membeli kerana takut akan terlepas harga tersebut, sedangkan harganya boleh turun sehingga mencecah RM60 - RM70 (bagi sekeping Dinar), dan apabila harga benar2 berada di paras yang sepatutnya mereka membeli, mereka telah pun kehabisan wang!



Justeru, pada paparan chart di atas, beberapa paras harga yang saya tandakan boleh lah digunakan sebagai panduan untuk anda membuat belian tambahan ketika harga sedang membuat penurunan seketika ini.


Tips Penting ~ Buat belian setiap kali harga mencecah ke paras Support atau "Base Price", kerana kebarangkalian untuk harga terus turun melepasi paras Support adalah rendah, sedangkan kebarangkaliannya untuk membuat "Rebounce" ataupun berpatah balik semula sebaik sahaja mencecah paras Support pula adalah tinggi.


Untuk waktu ini, berpandukan chart di atas, anda boleh membuat belian tambahan ketka harga mencecah paras sekitar :


1- $1600/oz (Belian Pertama)
2- $1480/oz (Belian Kedua)
3- $1312/oz (Belian Ketiga)


Sekiranya anda mempunyai perancangan belian seperti ini, saya pasti anda dapat membeli stok tambahan pada harga yang terbaik, dan dalam masa yang sama keuntungan anda juga dapat di maksimumkan. Justeru, pastikan anda membahagikan modal yang akan digunakan untuk membuat belian semula kepada 3 bahagian, dan gunakan setiap satu bahagian untuk membuat belian tambahan pada paras2 harga tersebut

Artikel dari Pelabur Jutawan