Jika di baca tajuk atas artikel kali ini... macam-macam pekara telah difikirkan jika anda, saya, dan sesiapa sahaja yang mempunyai banyak wang, seperti jutawan-jutawan,
Mungkin pertama tempat tinggal, mungkin rumah mewah diatas bukit ditepi laut. macam rumah anthony stark (IRONMAN) ha ha ha... sekadar berangan..
bagaimana kenderaan, Kereta, Motorsikal, mungkin juga kapal, seperti tauke gula kita, siap bersalut emas... bagaimana pula pakaian... jam tangan, telefon bimbit. alat tulis..
Cukup kot.... Bukan sahaja saya anda juga sama kot, namun hidup walaupun kaya, biarlah bersederhana, ingatlah rakan-rakan seagama kita yang kesusahan.
Apa yang saya nak tunjukkan ini adalah gaya mewah orang luar negara..
Baju
emas
MUMBAI: Sepasukan tukang emas mahir
menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli
perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.
Menurut laporan media semalam,
sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari
sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.
Baju itu didakwa berharga RM800,000.
Akhbar melaporkan,
ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang
kristal Swarovski - sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di
Austria.
“Memakai
baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan
terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan
10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.
“Tidak
timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. -
HT
Terima Kasih kerana meluangkan masa anda membaca artikel kali ini.
semoga bertemulagi di masa akan datang. mungkin esok .
Insyallah.
Terima Kasih kerana meluangkan masa anda membaca artikel kali ini.
semoga bertemulagi di masa akan datang. mungkin esok .
Insyallah.
No comments:
Post a Comment