Sunday, 17 February 2013

Siri 2: Kilang Emas di Malaysia

Assalamualaikum.

Bertemu lagi di siri ke 2, kilang emas, kali ini kilang emas di Malaysia.
seperti semua pengedar emas tahu bahawa Public Gold juga mempunyai kilang emas sendiri,
Jadi dalam keluaran kali ini, tidaklah perlu diterangkan tentang keupayaan kilang Emas kepunyaan Public Gold. kita cari kilang-kilang Emas pesaing Public Gold.



Kilang proses emas di M'sia




KUALA LUMPUR - Etika Emas Estet Sdn. Bhd., (Etika Emas), sebuah syarikat bumiputera yang bergiat aktif dalam urus niaga emas bercadang membangunkan kilang pemprosesan dan penapisan emas untuk dijadikan jongkong emas yang dianggarkan bernilai antara RM20 juta hingga RM30 juta.


Presidennya, Mohd. Amin Supian berkata, projek tersebut mampu dilaksanakannya berdasarkan tawaran pemindahan teknologi yang diterimanya daripada sebuah syarikat Eropah bagi membangunkan kilang berteknologi tempatan di sini.
"Memandangkan kami baru dua tahun berkecimpung dalam industri ini, maka kami sedang dalam proses mengumpul emas untuk dijadikan cagaran bagi memperoleh kelulusan daripada Bank Dunia, Switz Bank dan London Bullion Market.
"Sekiranya syarat keperluan yang ditetapkan oleh bank asing itu dapat dipenuhi maka kami akan mendapat keistimewaan bagi meneruskan projek pembangunan kilang berkenaan,'' katanya pada sidang media selepas majlis ulang tahun kedua syarikat itu di sini kelmarin.
Jelas beliau, sekiranya kilang itu dibangunkan dengan menggunakan teknologi Eropah, kos pembangunannya akan mencecah sehingga RM350 juta tetapi jika memiliki konsep tempatan maka kosnya adalah sekitar RM20 juta hingga RM30 juta.


No comments:

Post a Comment