Batu
jalan hablur emas (MALAYSIA)
Artikel ini disiarkan pada : 2012/01/10
Oleh Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal
bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas
yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah,
Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.
Setakat semalam, kumpulan berkenaan
tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas
yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.
Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.
Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa
ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai
gred terbaik.
Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.
Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.
“Ada penduduk yang mendakwa batu
yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga
RM15,000.
“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah
Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami
mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.
“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.
“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.
“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.
Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.
Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.
Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.
No comments:
Post a Comment