Penduduk
gempar jumpa emas di kaki bukit ( MALAYSIA )
Oleh SHAH NIZAM OMAR
shahnizam.omar@kosmo.com.my
shahnizam.omar@kosmo.com.my
INILAH ketulan dipercayai emas yang
ditemui oleh sekumpulan penduduk di Kampung Jelutong, Tobiar, Pendang semalam.
PENDANG - Ketulan emas muncul di
kaki bukit!
Penduduk Kampung Jelutong dekat sini terkejut apabila bukit yang sebelum ini menjadi kawasan kuari tiba-tiba didakwa dipenuhi dengan ketulan emas.
Penduduk Kampung Jelutong dekat sini terkejut apabila bukit yang sebelum ini menjadi kawasan kuari tiba-tiba didakwa dipenuhi dengan ketulan emas.
Akibatnya, kawasan itu yang sebelum
ini lengang kerana hanya merupakan kawasan kuari kini dipenuhi ratusan penduduk
yang berpusu-pusu mengorek tanah untuk mencari emas dalam ketulan batu di kaki
bukit berkenaan.
Tinjauan ke kawasan itu semalam
mendapati orang ramai menggunakan penukul untuk memecahkan batu di situ dan
kemudian mengutip ketul-ketul batu kecil dengan tanggapan ia mungkin logam
bernilai tinggi.
Seorang penduduk, Fauzi Puteh, 36,
berkata, semuanya bermula daripada cerita penemuan emas oleh seorang pemandu
lori yang mengangkut tanah dari bukit berkenaan sejak seminggu lalu.
"Saya tahu mengenainya daripada
seorang pemandu lori dan berita itu cepat tersebar ke pengetahuan penduduk
kampung. Sekelip mata sahaja kawasan ini menjadi tumpuan dan mereka mengambil
kesempatan mencari ketulan emas untuk dijual," katanya ketika ditemui
semalam.
![http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0704/kosmo/Negara/ne_03.2.jpg](file:///C:\DOCUME~1\narizaar\LOCALS~1\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image002.jpg)
ORANG ramai mengorek ketulan batu di
kawasan sebuah kuari untuk mencari ketulan emas.
Fauzi yang turut mencari emas di
situ menambah, beliau sendiri telah membawa ketulan dipercayai logam berharga
itu ke sebuah kedai emas berdekatan dan peniaga emas itu mengatakan ia adalah
emas tetapi masih belum matang.
"Pekedai kata memang ia emas
tapi masih muda lagi dan belum boleh dijual," ujarnya sambil berharap agar
ada pihak-pihak tertentu mengambil sampel ketulan tersebut untuk menilai
kandungannya.
"Kalau boleh kami nak tahu juga
berapa peratus kandungan emas yang terdapat di dalamnya dan buat masa ini
kebanyakan penduduk hanya menyimpan ketulan itu," tambahnya.
Seorang pelajar, Fariz Saad, 15,
memberitahu, dia tidak melepaskan peluang untuk mencari ketulan itu sejak tiga
hari lalu dan yakin ia merupakan emas tulen.
"Saya rasa ia memang emas
kerana kalau kita datang pada waktu malam kawasan ini kelihatan
bersinar-sinar," katanya yang telah mengumpul hampir 15 kilogram batu yang
dipercayai mengandungi serbuk emas itu.
Dalam pada itu, seorang lagi
penduduk, Saodah Saari, 65, berkata, tanah tersebut merupakan tanah milik anak
saudaranya sebelum dijual kepada sebuah syarikat kuari dua bulan lepas. Kawasan
itu berbukit dan pernah ditanam dengan pokok getah.
"Memang dulu kawasan ini tanah
berbukit tapi tidak sangka pula lepas dijual ada ketulan emas," ujar
beliau.
![http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2009/0704/kosmo/Negara/ne_03.3.jpg](file:///C:\DOCUME~1\narizaar\LOCALS~1\Temp\msohtmlclip1\01\clip_image003.jpg)
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0704&pub=kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2K1yJmXCX
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment